Mercedes-Benz CLA 250+ Elektrik Baharu Dilancar Di Malaysia
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Mercedes-Benz Malaysia membawa sistem pengendalian (operating system) baharu Mercedes-Benz atau “MB.OS” ke pasaran Malaysia menerusi model serba baharu CLA 250+ elektrik, dengan menyepadukan kecerdasan buatan (AI) daripada Google dan Microsoft ke dalam sistem infohibur pengalaman pengguna Mercedes-Benz atau MBUX terbaharu.