BERITA TERKINI   Lonjakan KDNK mengatasi jangkaan pasaran, catat prestasi pertumbuhan suku kedua paling kukuh di luar tempoh pandemik sejak 2014 - PM Anwar | Pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua menunjukkan ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun berdepan cabaran global - Akmal Nasrullah | Pertumbuhan ekonomi dijangka terus disokong permintaan domestik, pasaran buruh stabil, perbelanjaan isi rumah dan permintaan global produk E&E bagi separuh kedua 2026 - Kementerian Ekonomi | Tahap kemajuan keseluruhan Projek ECRL Kota Bharu-Gombak capai 95.08 peratus setakat Julai 2026 - Loke | ECRL Kota Bharu-Gombak dijangka beroperasi lebih awal bermula Disember ini berbanding jadual asal Januari depan - Loke | 

Mercedes-Benz CLA 250+ Elektrik Baharu Dilancar Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Mercedes-Benz Malaysia membawa sistem pengendalian (operating system) baharu Mercedes-Benz atau “MB.OS” ke pasaran Malaysia menerusi model serba baharu CLA 250+ elektrik, dengan menyepadukan kecerdasan buatan (AI) daripada Google dan Microsoft ke dalam sistem infohibur pengalaman pengguna Mercedes-Benz atau MBUX terbaharu.

Ketua Pegawai Operasi Mercedes-Benz Cars Malaysia, Nadia Trimmel berkata model tersebut menggabungkan kuasa elektrik, keupayaan pengecasan pantas dan MB.OS untuk meningkatkan pengalaman pemanduan dalam segmennya.

MB.OS adalah minda di sebalik sistem ini, menjadikan MBUX lebih intuitif dan peribadi.

Ad Banner

“Dengan elektrik yang menarik, keupayaan pengecasan pantas, dan MB.OS, CLA 250+ elektrik menggabungkan teknologi yang mentakrifkan semula jangkaan pelanggan daripada sebuah kenderaan dalam segmen ini,” katanya pada majlis pelancaran model tersebut di sini hari ini.

Sementara itu, Mercedes-Benz Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan CLA 250+ elektrik adalah kenderaan pertama beroperasi sepenuhnya menggunakan MB.OS yang mengawal sistem infohibur, serta fungsi pemanduan dan pengecasan, serta membolehkan kemas kini tanpa wayar merentasi seni bina perisian kenderaan.

“Dengan jarak jangkauan sehingga 792 kilometer mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Sedunia Diseragamkan atau WLTP, Mercedes-Benz CLA 250+ elektrik menawarkan radius yang besar dalam kelasnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Ia menggabungkan kecekapan tinggi dengan keseronokan pemanduan luar biasa serta prestasi cemerlang, memecut dari sifar hingga 100 kilometer sejam dalam masa hanya 6.7 saat, dan mencapai kelajuan maksimum sehingga 210 kilometer sejam,” menurut kenyataan itu.

Dijual pada harga RM274,888 atas jalan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia, model itu turut menawarkan waranti pengeluar selama empat tahun.

Mercedes-Benz Malaysia turut menyepadukan perkhidmatan pengecasan awam, navigasi dan pembayaran ke dalam satu platform tunggal melalui MB.CHARGE Public untuk pelanggan kenderaan elektrik penuh dan hibrid plug-in.

Trimmel berkata perkhidmatan itu akan menjadikan pengecasan awam lebih mudah diakses dan diuruskan dengan menggabungkan kenderaan Mercedes-Benz, aplikasi Mercedes-Benz serta rakan kongsi pengendali stesen pengecasan.

Sama ada anda memandu kenderaan elektrik atau hibrid plug-in Mercedes-Benz, MB.CHARGE membawa pengecasan, navigasi dan pembayaran ke dalam satu perjalanan dan platform pelanggan yang lancar, katanya.

-- BERNAMA