MATRADE Perkenal WiEX, Perkasa Penglibatan Wanita Dalam MIHAS 2026
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Seramai 80 usahawan wanita termasuk 20 dari luar negara akan membuka reruai di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2026) menerusi Inisiatif Women in Export (WiEX) yang diperkenalkan buat julung kali sebagai komponen teras strategik pameran itu.