Unit BCB Ambil Alih Tanah Padang Golf Di Batu Pahat Pada Harga RM36.17 Juta
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – Anak syarikat milik penuh BCB Bhd (BCB), iaitu Banang Central Development Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Indah Corporation Bhd bagi memperoleh sebidang tanah pegangan bebas di Batu Pahat, Johor pada harga RM36.17 juta.