CIMB Niaga Catat Keuntungan Sebelum Cukai 5.8 Trilion Rupiah Pada Suku Ketiga 2026
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) --Keuntungan sebelum cukai anak syarikat CIMB Group Holdings Bhd di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk, bagi suku ketiga 2026 berakhir 30 September 2026, berjumlah 5.8 trilion rupiah yang membawa kepada pendapatan sesaham sebanyak 178.65 rupiah (RM1 = 4,458.71 rupiah).