Gamuda Peroleh Kontrak Pembinaan MRT Bernilai RM2.61 Bilion Di Taiwan
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Gamuda Bhd menerusi usaha sama (JV) pada nisbah 80:20 dengan Feng Shun Construction Co Ltd yang berpangkalan di Taiwan memperoleh kontrak bernilai NT$21.02 bilion (kira-kira RM2.61 bilion) bagi melaksanakan kerja reka bentuk dan pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) Bawah Tanah Keelung di Taiwan.