BERITA TERKINI   Jumlah pendapatan pelaburan KWSP bagi suku ketiga 2026 meningkat tiga peratus kepada RM25.82 bilion daripada RM25.07 bilion pada suku yang sama pada 2025 | Jumlah pendapatan pelaburan KWSP meningkat 30 peratus kepada RM83.32 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026, berbanding RM63.99 bilion dalam tempoh yang sama pada 2025. | 

Gamuda Peroleh Kontrak Pembinaan MRT Bernilai RM2.61 Bilion Di Taiwan

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Gamuda Bhd menerusi usaha sama (JV) pada nisbah 80:20 dengan Feng Shun Construction Co Ltd yang berpangkalan di Taiwan memperoleh kontrak bernilai NT$21.02 bilion (kira-kira RM2.61 bilion) bagi melaksanakan kerja reka bentuk dan pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) Bawah Tanah Keelung di Taiwan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat kejuruteraan dan pembinaan itu memaklumkan kontrak berkenaan telah diberikan Jabatan Sistem Transit Aliran Massa, Kerajaan Bandar Raya New Taipei pada 16 Nov, 2026.

“Projek tersebut merangkumi kerja pembinaan bawah tanah sepanjang 2.4 kilometer yang merentasi Daerah Nangang (Bandar Raya Taipei) hingga Daerah Xizhi (Bandar Raya New Taipei) termasuk dua stesen bawah tanah.

Ad Banner
Ad Banner

“Projek itu dijangka siap dalam tempoh 7.4 tahun,” menurut Gamuda.

Syarikat tersebut menyatakan projek berkenaan menerapkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) melalui penggunaan bahan mesra alam, sistem cekap tenaga dan amalan pembinaan lestari.

“Ia dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai, 2027 sehingga projek itu siap,” tambahnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA