Malaysia Kekal Tegas Dapatkan Semula Aset 1MDB, Ambil Maklum Tuntutan RM4.2 Bilion Terhadap DBS
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kerajaan hari ini menegaskan akan terus komited dalam usaha mendapatkan semula aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi langkah seperti kerjasama dan proses perundangan di beberapa negara, menurut Kementerian Kewangan (MOF).