Terdapat 11 berita berdasarkan kata kunci carian "kerjaya prospek"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Kenaikan Harga Minyak, Ketidaktentuan Berkaitan AI

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Isnin, dipengaruhi kenaikan harga minyak mentah dan hasil bon Amerika Syarikat (AS), selain ketidaktentuan susulan pertikaian berkaitan pembangunan kecerdasan buatan (AI).

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Bernilai RM37.82 Juta Daripada Persada Mentari

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) memperoleh projek pembinaan bernilai RM37.82 juta daripada Persada Mentari Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh tekanan jualan berterusan di kebanyakan kaunter saham wajaran tinggi selaras dengan prestasi serantau yang lemah dalam lonjakan harga minyak berikutan ketegangan berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Rosemarie Khoo & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan berterusan di Wall Street didorong oleh konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang berpanjangan dan harga minyak mentah yang tinggi memberi impak kepada sentimen, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketegangan Konflik Asia Barat Jejas Sentimen

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi pasaran serantau lain apabila ketegangan yang memuncak di Asia Barat serta harga minyak tinggi telah menjejaskan sentimen.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh tekanan jualan yang berterusan dalam ketegangan geopolitik yang memuncak di Asia Barat, harga minyak mentah yang tinggi dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Prestasi Positif Di Wall Street, OPR Stabil

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis seiring dengan prestasi positif di Wall Street selain sentimen turut disokong oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Kerjaya Prospek Peroleh Tambahan 19.18 Peratus Kepentingan Dalam ES Sunlogy

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd telah memperoleh tambahan 19.18 peratus kepentingan dalam ES Sunlogy Bhd yang disenaraikan di Pasaran ACE pada harga RM40.18 juta secara tunai, mengukuhkan lagi kedudukannya dalam sektor tenaga boleh baharu serta kejuruteraan mekanikal dan elekrikal.

Unit Kerjaya Prospek Raih Kontrak Pembinaan Bernilai RM223.0 Juta Di Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd mendapat kontrak bernilai RM223.0 juta daripada Sunway Majestic Sdn Bhd untuk membina dan menyiapkan bangunan utama bagi projek pembangunan di Johor Bahru.

Kerjaya Prospek Dapat Kontrak Pembinaan RM488.40 Juta Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) telah mendapat kontrak pembinaan RM488.40 juta di Pulau Pinang daripada Persada Mentari Sdn Bhd (PMSB), sebuah anak syarikat tidak langsung Eastern & Oriental Bhd (E&O).

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak RM539.3 Juta Untuk Pembangunan Di Bukit Tunku

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM539.32 juta daripada BRDB Developments Sdn Bhd untuk melaksanakan projek pembangunan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.