WM Senibong Peroleh Penarafan AA-IS Daripada MARC Ratings
JOHOR BAHRU, 2 Nov (Bernama) -- WM Senibong Berhad (WM Senibong) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, WM Senibong Capital Bhd menerima pengesahan penarafan AA-IS dengan prospek stabil daripada MARC Ratings Berhad bagi nota jangka sederhana Islam di bawah program Sukuk Wakalah yang bernilai sehingga RM1 bilion.