BERITA TERKINI   Polis tahan seorang lelaki, rampas ganja bernilai RM3.2 juta yang dipercayai cuba diseludup ke London menerusi LTAPP - Ketua Polis Pulau Pinang | Pasaran modal Malaysia berkembang kepada RM4.5 trilion daripada RM4.3 trilion tahun lepas – pengarah eksekutif SC | Pelabur China Tunjuk Potensi Pelaburan AS$15 Bilion di Malaysia dalam Enam Sektor – Ahmad Zahid | Bekalan makanan negara mencukupi sekurang-kurangnya enam bulan, tiada keperluan laksana langkah kecemasan - Ahmad Zahid | 

WM Senibong Peroleh Penarafan AA-IS Daripada MARC Ratings

JOHOR BAHRU, 2 Nov (Bernama) -- WM Senibong Berhad (WM Senibong) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, WM Senibong Capital Bhd menerima pengesahan penarafan AA-IS dengan prospek stabil daripada MARC Ratings Berhad bagi nota jangka sederhana Islam di bawah program Sukuk Wakalah yang bernilai sehingga RM1 bilion. 

Menurut WM Senibong dalam satu kenyataan hari ini, pengesahan penarafan itu mengukuhkan lagi asas perniagaan dan prospek pertumbuhan jangka panjangnya. 

“Ini disokong oleh jualan belum dibilkan berjumlah RM651.5  juta dan pelancaran pembangunan yang dirancang dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM6.7 bilion, sekali gus menyediakan kejelasan pendapatan sehingga 2030,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner

Menurut kumpulan itu lagi, ia berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan transformasi ekonomi yang sedang berlaku di Johor, disokong oleh simpanan tanah yang strategik seluas 1,426 ekar (577.08 hektar), termasuk kira-kira 960 ekar (388.49 hektar) bagi pembangunan Centennial ParcVista, yang bakal dilaksanakan. 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WM Senibong Quay Chew Keong berkata pengesahan semula penarafan itu mencerminkan asas perniagaan kumpulan itu yang kukuh, pengurusan kewangan yang berdisiplin dan rekod prestasi yang terbukti dalam melaksanakan pembangunan berkualiti. 

“Kami kekal optimistik mengenai unjuran pertumbuhan Johor, yang dipacu oleh peningkatan aliran masuk pelaburan, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan peningkatan kesalinghubungan rentas sempadan menerusi Sistem Transit Rapid Johor Bahru–Singapura,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

WM Senibong ialah pemaju perbandaran bandar yang berpangkalan di Johor, yang mengkhusus dalam pembangunan bersepadu berskala besar yang dirancang secara menyeluruh dan bertaraf premium.

-- BERNAMA