BERITA TERKINI   Polis tahan seorang lelaki, rampas ganja bernilai RM3.2 juta yang dipercayai cuba diseludup ke London menerusi LTAPP - Ketua Polis Pulau Pinang | Pasaran modal Malaysia berkembang kepada RM4.5 trilion daripada RM4.3 trilion tahun lepas – pengarah eksekutif SC | Pelabur China Tunjuk Potensi Pelaburan AS$15 Bilion di Malaysia dalam Enam Sektor – Ahmad Zahid | Bekalan makanan negara mencukupi sekurang-kurangnya enam bulan, tiada keperluan laksana langkah kecemasan - Ahmad Zahid | 

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, pulih daripada penyusutan awal untuk kekal melepasi paras 1,600 mata, disokong aktiviti pembelian terpilih pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor telekomunikasi dan berkaitan komoditi walaupun saham teknologi terus menyusut.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi pasaran serantau bercampur-campur berikutan pelabur menilai semula prospek pendapatan sektor teknologi dan kemampanan pelaburan besar-besaran berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Ad Banner
Ad Banner

Menurutnya pada masa sama harga minyak mentah Brent menyusut lebih tiga peratus kepada sekitar US$110 setong di tengah-tengah harapan bahawa ketegangan di Asia Barat akan berkurangan berikutan usaha diplomatik membabitkan Iran dan Qatar.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.91 mata atau 0.24 peratus kepada 1,619.51 daripada 1,615.60 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka rendah 2.39 mata kepada 1,613.21, bergerak antara 1,607.15 hingga 1,623.33 sepanjang dagangan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dalam pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 774 berbanding 323 manakala 501 kaunter tidak berubah, 1,125 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan susut kepada 2.65 bilion unit bernilai RM2.10 bilion daripada 3.15 bilion unit bernilai RM2.68 bilion pada Jumaat lepas.

Thong berkata pasaran tempatan kekal berdaya tahan, disokong pembelian terpilih dalam saham mewah bermodal besar yang mempunyai asas kewangan kukuh walaupun proses pemulihan dijangka berlaku secara beransur-ansur berikutan ketidaktentuan berhubung kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan aliran dana asing.

Beliau berkata pelabur juga memberi perhatian kepada pilihan raya separuh penggal AS dan keputusan dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis (5 November).

"Kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,600 hingga 1,630 mata minggu ini, dengan kecenderungan meningkat walaupun pergerakan berterusan melepasi paras 1,620 hingga 1,630 memerlukan penyertaan pembelian yang lebih kukuh," katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.42 peratus kepada 23,393.32, Kospi Korea Selatan melonjak 2.24 peratus kepada 5,859.08, Nikkei 225 Jepun susut 0.33 peratus kepada 63,081.86 manakala Indeks Straits Times Singapura merosot 1.36 peratus kepada 5,303.83.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM9.98, Public Bank naik empat sen kepada RM4.79, CIMB meningkat satu sen kepada RM6.92 manakala Tenaga Nasional dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM13.30 dan RM7.85.

Antara saham paling aktif, Zetrix AI susut setengah sen kepada enam sen, GIIB Holdings meningkat 14 sen kepada 50 sen, Top Glove turun 1.5 sen kepada 96 sen, Ni Hsin melonjak lapan sen kepada 34 sen manakala CTOS naik setengah sen kepada 39.5 sen.

Kaunter paling untung ialah Mega Fortris yang melonjak 66 sen kepada RM2.88, Fraser & Neave meningkat 32 sen kepada RM20.28, Petronas Dagangan naik 28 sen kepada RM19.78, MISC menokok 27 sen kepada RM8.52 dan Westports meningkat 25 sen kepada RM7.10.

Dalam kalangan saham paling rugi, Vitrox susut 42 sen kepada RM10.48, Mi Technovation menurun 23 sen kepada RM6.30, Pentamaster dan Solarvest masing-masing menyusut 20 sen kepada RM5.47 dan RM4.11 manakala BLD Plantation turun 18 sen kepada RM14.80.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 10.56 mata kepada 12,072.30 dan Indeks FBM Top 100 naik 15.42 mata kepada 11,879.28.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 18.62 mata kepada 12,101.53, Indeks FBM ACE susut 60.92 mata kepada 5,342.99 dan Indeks FBM Mid 70 turun 33.10 mata kepada 17,387.58.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.40 mata kepada 178.77, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 21.41 mata kepada 18,569.40, Indeks Perladangan naik 4.81 mata kepada 8,702.23 manakala Indeks Tenaga susut 15.27 mata kepada 836.89.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.45 bilion unit bernilai RM1.88 bilion daripada 1.87 bilion unit bernilai RM2.42 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 877.58 juta unit bernilai RM102.50 juta daripada 893.97 juta unit bernilai RM115.16 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 322.03 juta unit bernilai RM110.72 juta daripada 384.14 juta unit bernilai RM143.92 juta pada Jumaat lepas.

Sementara itu, kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 226.05 juta saham di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (280.42 juta), pembinaan (116.07 juta), teknologi (362.25 juta), perkhidmatan kewangan (54.66 juta), hartanah (80.43 juta), perladangan (19.92 juta), amanah pelaburan hartanah (23.30 juta), dana tertutup (32,500), tenaga (89.16 juta), penjagaan kesihatan (97.81 juta), telekomunikasi dan media (24.03 juta), pengangkutan dan logistik (45.40 juta), utiliti (34.54 juta) serta amanah perniagaan (40,100).

-- BERNAMA