BERITA TERKINI   Polis tahan seorang lelaki, rampas ganja bernilai RM3.2 juta yang dipercayai cuba diseludup ke London menerusi LTAPP - Ketua Polis Pulau Pinang | Pasaran modal Malaysia berkembang kepada RM4.5 trilion daripada RM4.3 trilion tahun lepas – pengarah eksekutif SC | Pelabur China Tunjuk Potensi Pelaburan AS$15 Bilion di Malaysia dalam Enam Sektor – Ahmad Zahid | Bekalan makanan negara mencukupi sekurang-kurangnya enam bulan, tiada keperluan laksana langkah kecemasan - Ahmad Zahid | 

Signature Alliance Peroleh Kontrak RM51.56 Juta Bangunkan Semula Underwater World Langkawi

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Signature Alliance Group (SAG), Zig Zag Builders memperoleh kontrak bernilai RM51.56 juta untuk melaksanakan kerja pembangunan semula dan pengubahsuaian Underwater World Langkawi di Kedah.

Penyedia perkhidmatan kelengkapan dalaman itu memaklumkan Zig Zag Builders dilantik oleh pengendali akuarium berkenaan, Underwater World Langkawi Sdn Bhd (UWLSB), untuk melaksanakan projek selama 18 bulan yang bermula 13 Nov 2026.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, SAG memaklumkan anak syarikatnya dikehendaki menyediakan bon pelaksanaan bernilai RM2.58 juta, bersamaan lima peratus daripada nilai kontrak, bagi menjamin pelaksanaan projek itu dengan sempurna.

Ad Banner
Ad Banner

Tempoh tanggungan kecacatan bagi projek berkenaan ialah 12 bulan bermula dari tarikh Sijil Penyiapan Sebahagian dikeluarkan, menurutnya.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner