BERITA TERKINI   Polis tahan seorang lelaki, rampas ganja bernilai RM3.2 juta yang dipercayai cuba diseludup ke London menerusi LTAPP - Ketua Polis Pulau Pinang | Pasaran modal Malaysia berkembang kepada RM4.5 trilion daripada RM4.3 trilion tahun lepas – pengarah eksekutif SC | Pelabur China Tunjuk Potensi Pelaburan AS$15 Bilion di Malaysia dalam Enam Sektor – Ahmad Zahid | Bekalan makanan negara mencukupi sekurang-kurangnya enam bulan, tiada keperluan laksana langkah kecemasan - Ahmad Zahid | 

Anak Syarikat FHIB Peroleh Kontrak Kerja Struktur Bernilai RM46.96 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Federal International Holdings Bhd (FIHB), Federal Builders Industries Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM46.96 juta daripada Perumahan Masteron Sdn Bhd.

Kontrak tersebut merangkumi kerja-kerja struktur bagi cadangan pembangunan di PJ Selatan Sentral, Selangor.

Skop kerja melibatkan kerja-kerja struktur untuk aras bawah tanah, podium, kemudahan dan tingkat pemindahan bagi cadangan pembangunan tersebut.

Ad Banner
Ad Banner

FIHB dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia memaklumkan bahawa kontrak itu akan bermula pada 16 November, 2026 dan dijangka siap pada 15 Disember, 2027.

“Projek ini dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan perolehan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 20 Jun, 2027 dan seterusnya sepanjang tempoh kontrak berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Syarikat itu turut mendedahkan bahawa urus niaga tersebut diklasifikasikan sebagai urus niaga pihak berkaitan berulang (RRPT) bersifat hasil atau perdagangan, memandangkan beberapa pengarah dan pemegang saham utama FIHB mempunyai kepentingan secara langsung dan tidak langsung dalam Perumahan Masteron.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA