BERITA TERKINI   Polis tahan seorang lelaki, rampas ganja bernilai RM3.2 juta yang dipercayai cuba diseludup ke London menerusi LTAPP - Ketua Polis Pulau Pinang | Pasaran modal Malaysia berkembang kepada RM4.5 trilion daripada RM4.3 trilion tahun lepas – pengarah eksekutif SC | Pelabur China Tunjuk Potensi Pelaburan AS$15 Bilion di Malaysia dalam Enam Sektor – Ahmad Zahid | Bekalan makanan negara mencukupi sekurang-kurangnya enam bulan, tiada keperluan laksana langkah kecemasan - Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Walaupun COMEX Kukuh

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin di tengah-tengah prestasi kukuh Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semerta baharu November 2026 susut kepada US$3,911.90 setiap auns troy daripada US$4,003 pada Jumaat lepas manakala Disember 2026 merosot kepada US$3,926.40 daripada US$4,017.90.

Bagi kontrak Januari 2027, Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 masing-masing menurun kepada US$3,927.50 setiap auns troy daripada US$4,019 pada akhir dagangan sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan berkurangan kepada 13 lot daripada 124 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 97 kontrak berbanding 65 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal pada US$3,913.25  setiap auns troy sebagaimana penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 30 Okt 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner