Malaysia Berpotensi Jadi Hab Perkhidmatan Perniagaan Global Berteraskan AI -- MDEC
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk menjadi hab perkhidmatan perniagaan global (GBS) berteraskan kecerdasan buatan (AI) jika syarikat di negara ini merangka semula penawaran perkhidmatan masing-masing, kata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).