Keuntungan Suku Ketiga Public Bank Susut 3.8 Peratus Kepada RM1.77 Bilion
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM1.77 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, susut daripada RM1.84 bilion, manakala hasil meningkat kepada RM7.74 bilion berbanding RM7.41 bilion sebelumnya.