Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian "rystad energy"

Harga Minyak Lonjak Melebihi US$108, Ketegangan Asia Barat Cetus Kebimbangan Bekalan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Harga minyak terus melonjak, meningkat lebih tiga peratus kepada US$108 setong pada Isnin berikutan serangan terbaharu pada hujung minggu terhadap infrastruktur tenaga Arab Saudi yang menyebabkan saluran paip minyak East-West ditutup sementara.

Harga LNG Asia Timur Meningkat Susulan Cuaca Panas, Risiko Geopolitik - Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Harga gas asli cecair (LNG) di Asia Timur bagi penghantaran Oktober meningkat 0.4 peratus minggu ke minggu kepada US$20.4 bagi setiap sejuta unit terma British (MMBtu) setakat 3 Ogos, didorong risiko geopolitik dan cuaca panas melampau yang terus menyokong permintaan pasaran semerta (spot), menurut Rystad Energy.

Harga LNG Di Asia Dijangka Turun Jika Rundingan Damai Capai Kemajuan Positif

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Harga gas asli cecair (LNG) di Asia dijangka terus menurun untuk berapa bulan akan datang tahun ini jika rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran mencapai kemajuan positif, menurut Rystad Energy.

Harga Minyak Mentah Brent Cecah Lebih US$100 Setong Didorong Konflik AS-Iran Memuncak

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 setong hari ini berikutan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang kian memuncak, meningkatkan semula kebimbangan mengenai bekalan tenaga global.

Harga Minyak Dijangka Kekal Premium Risiko US$5-US$10 Setong Walaupun Wujud MoU AS-Iran -- Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Harga minyak mentah dijangka mengekalkan premium risiko sisa geopolitik US$5 dan US$10 setong walaupun terdapat pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata Rystad Energy.