Vertex Material, Sky-Dweller Memeterai Perjanjian US$2.2 Bilion Untuk Memasuki India
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Vertex Material, sebuah syarikat bahan termaju Malaysia, telah memeterai perjanjian pengambilalihan 15 tahun yang bernilai kira-kira US$2.2 bilion dengan Sky-Dweller Construction LLC dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengembangkan perkongsian komersil sedia ada mereka di AS dan Kanada memasuki India.