BERITA TERKINI   BNM kenakan penalti kewangan pentadbiran berjumlah RM113,100 terhadap TML Remittance Center Sdn Bhd kerana kegagalan mematuhi keperluan usaha wajar pelanggan | BNM kenakan penalti kewangan pentadbiran berjumlah RM276,000 setiap satu ke atas AmBank dan AmBank Islamic kerana kegagalan mengemukakan laporan ambang tunai dengan segera. | Siaran langsung serangan terhadap guru di Sarawak: MCMC teliti tindakan ke atas Facebook jika berlaku pelanggaran garis panduan, undang-undang - Fahmi | MCMC minta 47,412 kandungan bersifat buli siber diturunkan sejak Jan hingga semalam, 81 peratus daripada platform TikTok - Fahmi | PRN Sarawak: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di kesemua 82 kerusi DUN - Pengerusi GPS | 

Vertex Material, Sky-Dweller Memeterai Perjanjian US$2.2 Bilion Untuk Memasuki India

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Vertex Material, sebuah syarikat bahan termaju Malaysia, telah memeterai perjanjian pengambilalihan 15 tahun yang bernilai kira-kira US$2.2 bilion dengan Sky-Dweller Construction LLC dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengembangkan perkongsian komersil sedia ada mereka di AS dan Kanada memasuki India.

Perjanjian itu, yang melibatkan produk komposit tembaga proprietari Vertex Material, menyediakan asas komersil jangka panjang untuk skala pembuatan yang dirancang syarikat sambil memperluas jangkauannya ke pasaran antarabangsa utama.

Ketua Pegawai Eksekutif Vertex Material, Chris Lai berkata perjanjian itu memperluaskan liputan geografi susunan pengedaran sedia ada syarikat dengan Sky-Dweller, yang sebelum ini meliputi AS dan Kanada.

Ad Banner
Ad Banner

"Dengan pengembangan ke India ini, kami akan menjangkau kebanyakan ekonomi utama dari segi asas pelanggan kami," katanya pada media sempena majlis pemeteraian antara Vertex Material dan Aurelius Materials di sini hari ini.

Sky-Dweller, sebahagian daripada Aurelius Materials merupakan syarikat pembinaan dan pembekalan bahan AS yang terlibat dalam pembinaan komersil, kediaman termasuk perindustrian, perolehan strategik serta pengedaran logam dan bahan khusus.

Dalam kenyataan berasingan, Vertex Material berkata perkongsian itu menggabungkan keupayaan pembangunan bahan Malaysia dengan rangkaian komersial Sky-Dweller, yang menyokong hubungan pelanggan, pemadanan spesifikasi dan pengedaran antarabangsa.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Melalui rangkaian Sky-Dweller, kerjasama itu menyasarkan untuk membekalkan produk komposit tembaga Vertex Material bagi aplikasi dalam pembuatan industri, infrastruktur elektrik dan tenaga serta pengurusan terma berkaitan elektronik di India.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang, yang menyaksikan pemeteraian itu berkata perjanjian itu mencerminkan keupayaan dan matlamat syarikat Malaysia untuk membangunkan teknologi bahan termaju sendiri selain mengejar peluang melangkaui sempadan.

“Perjanjian itu memberi peluang kepada Vertex Material dalam memperkenalkan teknologinya kepada AS, salah satu pasaran utama dunia untuk infrastruktur, aplikasi perindustrian dan teknologi termaju.

"Saya berharap perkongsian ini akan membawa kepada peluang komersial baharu, pembangunan produk selanjutnya dan kerjasama industri yang lebih kukuh antara perniagaan Malaysia dan Amerika. Kejayaannya juga dapat menggalakkan lebih banyak syarikat teknologi Malaysia meneroka pasaran antarabangsa," katanya semasa berucap.

-- BERNAMA