Sun Phuquoc Airways Lancar Perkhidmatan Terus KL-Phu Quoc
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh berpangkalan di Vietnam, Sun PhuQuoc Airways (SPA) melancarkan perkhidmatan terus baharu antara Kuala Lumpur (KL) dan Phu Quoc semalam, melambangkan pembukaan laluan pertama yang mengukuhkan lagi hubungan udara antara Malaysia dan destinasi pulau popular di Vietnam.