BERITA TERKINI   Seorang daripada empat remaja yang hilang ketika berenang di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, Johor ditemukan lemas pada 1.25 tengah hari ini | SPRM buka enam kertas siasatan baharu berhubung isu pembelian dan pelaburan aset Felda Investment Corporation (FIC) - KP SPRM | RCI TH: SPRM buka 14 kertas siasatan, beberapa individu pernah ditahan akan didakwa esok dan lusa - KP SPRM | RCI TH: Bekas menteri direman lima hari hingga Ahad - Peguam | Peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor bagi tahun 2026 telah diluluskan - MoF | 

Sun Phuquoc Airways Lancar Perkhidmatan Terus KL-Phu Quoc

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh berpangkalan di Vietnam, Sun PhuQuoc Airways (SPA) melancarkan perkhidmatan terus baharu antara Kuala Lumpur (KL) dan Phu Quoc semalam, melambangkan pembukaan laluan pertama yang mengukuhkan lagi hubungan udara antara Malaysia dan destinasi pulau popular di Vietnam.

Menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini, laluan KL-Phu Quoc menawarkan penerbangan pergi balik setiap hari dengan tempoh penerbangan kira-kira 95 minit bagi setiap perjalanan.

Laluan baharu itu mencerminkan kerjasama erat antara pihak berkepentingan dalam memperkukuh hubungan udara, merancakkan perjalanan dan aliran pelancongan dua hala serta memperluas kerjasama pelancongan antara Malaysia dan Vietnam dalam negara giat menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ad Banner

“Menerusi laluan baharu ini, SPA meneruskan pengalaman penerbangannya yang dikenali sebagai ‘Resort in the Sky’, dengan tambang merangkumi bagasi daftar masuk percuma, hidangan ringan serta minuman,” menurutnya.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd Datuk Mohd Izani Ghani berkata rangkaian penerbangan berkembang melangkaui hubungan tradisional antara ibu negara, dengan destinasi pelancongan utama semakin berperanan sebagai hab yang menyokong penerbangan antarabangsa secara langsung.

“Ini membuka lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesalinghubungan dalam ASEAN dan rangkaian KLIA yang semakin berkembang meletakkan kami pada kedudukan yang baik untuk menyokong perkembangan ini serta menghubungkan Malaysia dengan destinasi baharu dan model penerbangan yang berkembang di rantau ini,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA