BERITA TERKINI   Sukan Para Asia 2026: Pelumba berbasikal trek para Zuhairie Ahmad Tarmizi rangkul emas sulung negara dalam acara ujian masa 1000m C4-5 lelaki | Sarawak bakal jadi hab serantau Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) bagi Borneo mulai tahun depan – Azalina | Kadar tambang ECRL sehala Gombak-Kota Bharu RM125 (transit), RM147 (ekspres), operasi Disember 2026 - MRL | Usaha reformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sejak empat tahun lepas bantu lonjakkan kekuatan ekonomi, tingkat kesejahteraan rakyat - PM Anwar | Malaysia sedia gerak pesawat Bombardier, tiga helikopter, 50 anggota bantu padam kebakaran hutan di Indonesia, tunggu persetujuan rasmi untuk mulakan operasi – Ahmad Zahid | 

TIV Industri Automotif Naik 19 Peratus Kepada 69,609 Unit Pada September - MAA

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat 19 peratus kepada 69,609 unit pada September 2026 berbanding 58,490 unit pada bulan sama tahun lepas.

Dalam kenyataan hari ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026, TIV meningkat empat peratus tahun ke tahun kepada 602,633 unit berbanding 579,336 unit sebelum ini.

Bagaimanapun, momentum jualan sederhana pada September 2026 apabila jumlah jualan susut 2.5 peratus kepada 69,609 unit berbanding 71,428 unit pada Ogos tahun ini, katanya.

Ad Banner

MAA mengaitkan penurunan itu dengan pendekatan tunggu dan lihat dalam kalangan pengguna menjelang pengumuman Belanjawan Negara.

Sementara itu, katanya jualan kenderaan penumpang meningkat 22 peratus tahun ke tahun kepada 64,835 unit pada September 2026 berbanding 53,352 unit setahun lepas, manakala jualan kenderaan komersial merosot tujuh peratus kepada 4,774 unit daripada 5,138 unit sebelumnya.

Menurutnya, pengeluaran meningkat 10 peratus tahun ke tahun kepada 64,482 unit berbanding 58,413 unit sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagi pengeluaran kenderaan penumpang pula ia meningkat 12 peratus kepada 61,134 unit berbanding 54,738 unit pada September 2025, manakala pengeluaran kenderaan komersial merosot sembilan peratus kepada 3,348 unit berbanding 3,675 unit pada bulan sama tahun lepas, kata persatuan itu.

MAA turut menjangkakan jualan meningkat bagi Oktober susulan promosi hujung tahun.

-- BERNAMA