BERITA TERKINI   PRN Sarawak ke-13 ditetapkan pada 12 Dis, penamaan calon 28 Nov 2026 - SPR | PRN Sarawak ke-13: Undi awal pada 8 Dis - SPR | 

Terdapat 91 berita berdasarkan kata kunci carian "tm"

Kerajaan Beri Fleksibiliti Moratorium Eksport REE Bagi Tarik Pelabur Berpotensi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) --  Kerajaan bersetuju memberikan fleksibiliti dasar moratorium eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE) yang sedia ada melalui Garis Panduan Pertimbangan Permohonan Pengeksportan Unsur Nadir Bumi Mentah bagi menarik pelabur berpotensi.

Rundingan MEUFTA: Bab Harta Intelek Masih Belum Dimuktamadkan - MITI

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) masih berlangsung, dengan Bab Harta Intelek belum dimuktamadkan meskipun beberapa bab lain telah berjaya diselesaikan.

MRT Corp Tawar Kontrak RM2.69 Bilion Bagi LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) memberikan kontrak utama kerja-kerja sivil Pakej 2 (CMC2) bernilai RM2.69 bilion bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang kepada tiga syarikat usaha sama.

Rosado Meterai Perjanjian Penajajaminan Bagi Cadangan IPO Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Rosado Bhd (Rosado) memeterai perjanjian penajajaminan dengan Malacca Securities Sdn Bhd (Malacca Securities) dan Kenanga Investment Bank Bhd, bersempena dengan tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraiannya di Pasaran ACE, Bursa Malaysia Securities Bhd.

Ferrotec Group Buka Kilang Kulim Kedua, Wujud Lebih 1,000 Pekerjaan Bernilai Tinggi

ALOR SETAR, 5 Nov (Bernama) -- Kilang kedua Ferrotec Group yang baru dibuka di Kulim dijangka menjana lebih 1,000 pekerjaan baharu bernilai tinggi untuk profesional Malaysia yang mahir, termasuk jurutera, juruteknik dan pakar pengeluaran.

Bursa Malaysia Tinggi Semasa Akhiri Dagangan Pagi, Saham Perbankan Terus Meningkat

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini sejajar dengan kenaikan di kebanyakan pasaran serantau apabila minat belian terhadap saham wajaran tinggi perbankan menyokong pasaran tempatan menjelang keputusan dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan diumumkan hari ini.

Skyro Lancar Produk Kredit Pertama Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Skyro melancarkan produk kredit pertamanya di Malaysia, menawarkan kemudahan kepada pengguna yang layak untuk mendapatkan pembiayaan jangka pendek secara digital bagi memenuhi keperluan kewangan harian.

Public Bank Rangka Program Sukuk Murabahah RM20 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd merangka Program Sukuk Murabahah bernilai RM20 bilion yang memberikannya fleksibiliti untuk menerbitkan sukuk senior dan/atau sukuk subordinat dari semasa ke semasa.

Perancangan Tepat Penting, Elak Kekangan Dalam Sistem Bekalan Elektrik - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menggesa agar aspek seperti membuat keputusan tepat pada masanya, penyelarasan perancangan lebih baik serta kemampuan menyediakan infrastruktur sistem elektrik dapat dilaksanakan bagi mengelak sebarang kekangan yang boleh menjejaskan pertumbuhan negara.

Melaka Ambil Langkah Perkukuh Sektor Tenaga, Galak Penjanaan Kuasa Mampan - Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh memberikan komitmennya bahawa negeri ini sedang mengambil langkah konkrit untuk terus memperkukuh sektor tenaga dengan mempelbagaikan sumber tenaga dan menggalakkan penjanaan kuasa yang lebih mampan.

Matlamat Projek Jelas, Kesediaan Pelaburan Pemangkin Hubungan Tenaga Serantau - TNB

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Kejelasan matlamat projek, kesediaan pelaburan dan daya maju komersial menjadi pemangkin dalam merealisasikan potensi tenaga boleh baharu ASEAN menerusi pembangunan hubungan bekalan elektrik rentas sempadan yang mampan, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati yang merentasi pasaran serantau susulan penunjuk yang bercampur-campur di pasaran Wall Street.