Konsortium Diterajui MISC Tawar RM2.50 Sesaham Bagi Nyahsenarai Yinson Dalam Urus Niaga RM4.03 Bilion
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Konsortium yang terdiri daripada MISC Bhd serta pemegang saham utama Yinson Holdings Bhd (YHB) iaitu Yinson Legacy Sdn Bhd (YLSB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencadangkan untuk mengambil alih YHB dan menjadikannya syarikat persendirian menerusi urus niaga bernilai RM4.03 bilion.