1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kerajaan MADANI berjaya mencapai kemajuan dalam pembaharuan tatakelola, daya saing negara dan usaha menaikkan taraf hidup rakyat sejak tiga setengah tahun lepas berpandukan tiga tonggak iaitu Tatakelola Baik dalam Pentadbiran Awam, Peningkatan Siling dan Lantai.
1bulan lalu
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2027 dijangka menawarkan lebih banyak insentif bagi menyokong kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di tengah-tengah realiti kenaikan kos, gangguan rantaian bekalan serta ketidaktentuan geopolitik.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2027 mesti menyambut suara rakyat serta memenuhi harapan mereka dengan usaha merancakkan pembangunan negara serta meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan lalu
PUTRAJAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersedia untuk mengkaji cadangan menggabungkan elemen Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk memastikan sistem percukaian negara yang lebih progresif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Ekonomi digital berada di landasan tepat untuk menyumbang sebanyak 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1bulan lalu
PUTRAJAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2027 akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negara, melindungi kesejahteraan rakyat dan melaksanakan langkah-langkah meningkatkan kemampanan fiskal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan lalu
PETALING JAYA, 15 Ogos (Bernama) -- Kementerian Digital akan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkat penerimagunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) termasuk meneliti insentif yang dapat menggalakkan penggunaan peralatan AI secara lebih meluas, dalam pembentangan Belanjawan 2027.
1bulan lalu
JAKARTA, 14 Ogos (Bernama) -- Indonesia mencadangkan perbelanjaan negara sebanyak Rp4.09 kuadrilion (Rp1 juta = RM228.40) bagi 2027 bagi menyokong lapan program keutamaan nasional, ketika kerajaan menyasarkan pertumbuhan ekonomi lebih kukuh sebanyak 6 peratus tahun depan.
1bulan lalu
GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi kini berada pada peringkat akhir proses saringan cadangan peruntukan pembangunan bagi Belanjawan 2027 sebelum dapatan dan cadangan itu dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) menjelang pertengahan bulan ini.
2bulan lalu
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kerajaan disaran mempertimbangkan untuk menambah kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) khususnya di kawasan luar bandar serta memperkenalkan insentif pembelian EV dalam Belanjawan 2027 yang dijadual dibentangkan pada Oktober ini.
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan mula merangka Belanjawan 2027 pada bulan depan dan seterusnya dibentangkan pada awal Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan lalu
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tiada keperluan untuk mengubah unjuran semasa bagi Belanjawan 2027 berdasarkan prestasi kewangan kerajaan pada separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.