1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) terus memantau dengan rapi bekalan bahan api negara bagi memastikan kestabilannya di seluruh negara, di tengah-tengah krisis Asia Barat yang berterusan.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Jabatan dan agensi kerajaan, serta syarikat swasta, digesa mewujudkan garis panduan dan dasar mereka sendiri untuk pekerja semasa bekerja dari rumah (BDR) bagi mencegah pelanggaran, kebocoran dan penyalahgunaan data serta maklumat sensitif.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) melalui anak syarikat milik penuhnya EP Moulds and Dies (M) Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Xepa-Soul Pattinson (Malaysia) Sdn Bhd untuk membeli enam bidang tanah perindustrian pegangan bebas berharga RM35.12 juta.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Vantris Energy Bhd melonjak kepada RM3.73 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2026 (TK2026), berbanding RM189.53 juta pada TK2025.
1bulan lalu
JOHOR BAHRU, 30 Mac (Bernama) -- Paragon Globe Bhd (PGB) menjalin kerjasama strategik dengan GSP Automotive Group yang tersenarai di Shanghai menerusi anak syarikatnya, GSP Automotive Malaysia Sdn Bhd, bagi membangunkan hab industri automotif di Iskandar Puteri, Johor.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd melantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa 6 April, 2026, bagi memperkukuh dan memperkuat jajaran kepimpinan kumpulan seiring dengan langkah syarikat memasuki fasa pertumbuhan seterusnya.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd (Capital A) menyasarkan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) selepas mencapai selama keuntungan empat suku berturut-turut, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Tambang AirAsia mungkin mengalami kenaikan kecil namun masih kekal pada harga mampu milik berikutan konflik di Asia Barat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.
1bulan lalu
JOHOR BAHRU, 30 Mac (Bernama) -- Johor perlu mengambil peluang memposisikan negeri itu sebagai destinasi pelaburan yang stabil di tengah ketidaktentuan global susulan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Malaysia kekal berada dalam kedudukan yang baik untuk berdepan tekanan fiskal yang semakin meningkat apabila harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 setong, menurut penganalisis.
1bulan lalu
Oleh Hasnah Jusid
JOHOR BAHRU, 30 Mac (Bernama) -- SME Corp Malaysia akan mempergiat usaha memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan memainkan peranan signifikan dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) selaras agenda memperkukuh daya tahan dan sumbangan sektor itu kepada ekonomi negara.
1bulan lalu
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan lebih rendah susulan aktiviti jualan saham-saham wajaran tinggi selain seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau.