Ekonomi

Pengurusan Kewangan Berhemat Pastikan Komitmen Negara Dilunas Tanpa Jejas Keperluan Rakyat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Pengurusan kewangan negara yang berhemat amat penting bagi memastikan komitmen sedia ada dapat dilunaskan dengan baik tanpa menjejaskan keupayaan kerajaan menyediakan bantuan dan kemudahan yang diperlukan rakyat.

Kenanga Unjur Hasil MGS Kekal Stabil Walaupun Pasaran Bon Global Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dijangka kekal dalam julat stabil sekitar paras semasa disokong oleh asas ekonomi domestik yang berdaya tahan meskipun pasaran bon global tidak menentu dan terdapat isyarat dasar monetari yang lebih ketat daripada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Isu Tarif Akan Dibincangkan Di Mesyuarat Kabinet Esok - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap barangan Malaysia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok.

Bank Dunia Jangka Harga Purata Minyak Brent US$79 Setong Pada 2027 Susulan Pemulihan Bekalan

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent dijangka susut kepada purata US$79 setong pada 2027 berbanding US$91 pada 2026 susulan pemulihan pengeluaran minyak global, menurut Bank Dunia.

BYD Malaysia Sasar Suku Pertama 2027 Bagi Pemasangan Tempatan Shark 6

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- BYD Malaysia menyasarkan suku pertama 2027 untuk melancarkan unit pertama trak pikap BYD Shark 6, dipasang secara tempatan, model itu merupakan model pertama dipilih untuk operasi pemasangan tempatan syarikat tersebut di negara ini.

HDC Sasar Eksport Halal Cecah RM70 Bilion Menjelang 2027 -- CEO

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 26 Nov (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) menyasarkan eksport halal negara mencecah RM70 bilion menjelang 2027 iaitu peningkatan daripada sasaran RM69 bilion bagi 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Hanisofian Alias.

Kadar Tarif: Malaysia Akan Teruskan Rundingan Dengan AS Hingga Suku Pertama 2027 - Johari

KUALA LUMPUR, 26 Nov  (Bernama) -- Malaysia akan meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) hingga suku pertama 2027 bagi memastikan tarif keseluruhan ke atas barangan Malaysia tidak melebihi 19 peratus, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Allianz Malaysia Lancar Allianz Eterna Untuk Golongan Individu Bernilai Bersih Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd melancarkan Allianz Eterna, satu penyelesaian pengurusan kekayaan dan perlindungan yang menyasarkan golongan individu bernilai bersih tinggi (HNWI).

Malaysia, ASEAN Perlu Golongan Berpendapatan Pertengahan Berdaya Tahan Untuk Kurangkan Kebergantungan Kepada AS

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia dan negara anggota ASEAN perlu membina golongan pertengahan yang lebih kukuh bagi memacu permintaan serantau dan mengurangkan pergantungan terhadap pasaran Amerika Syarikat (AS), kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Ekonomi Malaysia Di Landasan Tepat, Impak Agenda Ekonomi MADANI Dijangka Lebih Menyeluruh Dalam Jangka Panjang

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama)  -- Ekonomi Malaysia berada pada landasan pertumbuhan yang tepat susulan pelaksanaan agenda dan strategi di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SIRIM QAS Badan Pensijilan Pertama Di Asia Tenggara Diakreditasi Bagi Standard AS9110

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- SIRIM QAS International Sdn Bhd, anak syarikat SIRIM Bhd, muncul sebagai badan pensijilan pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang mendapat akreditasi bagi standard AS9110, iaitu Sistem Pengurusan Kualiti - Keperluan bagi Organisasi Penyelenggaraan Penerbangan.

Kerajaan Teliti Langkah Bendung Jualan Produk Import Tidak Bersijil Dalam Talian - Johari

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti langkah bagi menangani penjualan produk import tanpa pensijilan melalui platform e-dagang, termasuk kemungkinan tindakan terhadap platform yang gagal memastikan pematuhan standard kualiti.