BERITA TERKINI   Stesen janakuasa setempat Tawau berjaya salurkan bekalan, manakala di Sandakan sedang dipulihkan - Sabah Electricity | Stesen janakuasa setempat digunakan bagi percepat pemulihan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah - Sabah Electricity | Bekas Undang Luak Sungei Ujong Mubarak Thahak akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban esok atas tuduhan menghasut | Dua beradik maut, seorang lagi cedera selepas motosikal terbabas di Tendong, Pasir Mas – Polis | Gangguan bekalan elektrik: Lapangan Terbang Tawau, Sandakan dan Lahad Datu beroperasi seperti biasa dengan penggunaan generator - Malaysia Airports | 

Isu Tarif Akan Dibincangkan Di Mesyuarat Kabinet Esok - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap barangan Malaysia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok.

“Jo (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani) sedang meneliti perkara itu. Ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Keselamatan Negara 2026-2030, di sini, hari ini.

Terdahulu, Johari berkata Malaysia akan meneruskan rundingan dengan AS sehingga suku pertama 2027 bagi memastikan kadar tarif keseluruhan ke atas barangan Malaysia tidak melebihi 19 peratus.

Ad Banner

Beliau berkata rundingan tersebut akan tertumpu, khususnya, kepada usaha menangani kebimbangan mengenai lebihan kapasiti struktur dan pengeluaran di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan AS 1974.

AS mencadangkan tarif tambahan sehingga 18 peratus ke atas barangan Malaysia, setelah mendapati dasar perindustrian dan amalan pembuatan Malaysia menyumbang kepada lebihan kapasiti dan pengeluaran secara struktur yang didakwa membebankan atau menyekat perdagangan negara itu.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner