Ekonomi

Pasaran LNG Dijangka Kekal Terhad Pada 2027 Susulan Ketidaktentuan Geopolitik - Petronas

Daripada Siti Radziah Hamzah

GEOJE ISLAND (Korea Selatan), 25 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjangkakan pasaran gas asli cecair (LNG) global kekal terhad hingga 2027, dengan perkembangan geopolitik serta kadar pemulihan dijangka terus mempengaruhi ketersediaan bekalan dan harga pasaran.

BUDI95 Lindungi Rakyat Daripada Kejutan Harga Minyak Global, Perkukuh Fiskal Negara

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) merupakan antara reformasi yang menonjol sepanjang empat tahun pentadbiran Kerajaan MADANI, sekali gus melindungi rakyat daripada ketidaktentuan global, khususnya ketika konflik yang berterusan di Asia Barat.

Kerajaan Laksana Pelbagai Usaha Capai Harga Getah Rm5 Sekilogram Di Peringkat Ladang

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan terus berusaha merealisasikan sasaran harga getah RM5.00 sekilogram di peringkat ladang melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program yang bersesuaian serta berterusan.

Eksport Perkhidmatan Pusat Data Lonjak Kepada RM11.7 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Eksport perkhidmatan pusat data negara melonjak kepada RM11.7 bilion pada 2025 berbanding RM2.8 bilion pada 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Empat Tahun Pentadbiran: Kerajaan MADANI Perkukuh Asas Ekonomi Negara – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan keyakinan yang tinggi bahawa Kerajaan MADANI berjaya membina asas yang lebih kukuh untuk Malaysia meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan kedudukan kewangan negara yang terbatas.

Keuntungan Bersih Suku Pertama Southern Score Lonjak Kepada RM32.81 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih suku pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2027 Southern Score Builders Bhd melonjak kepada RM32.81 juta berbanding RM15.02 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelum ini.

Kerajaan Perkenal Sistem Penandaan Digital Rokok Mulai 1 Jan 2027, Ganti Setem Cukai Fizikal

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan sistem teknologi penandaan digital ke atas rokok bagi menggantikan penggunaan setem cukai fizikal berkuat kuasa 1 Jan, 2027, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong. 

MOF Unjur Kutipan Cukai Langsung Bersih RM199 Bilion Tahun Depan -- LHDN

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 24 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mengunjurkan kutipan cukai langsung bersih kira-kira RM199 bilion pada 2027 dengan pertumbuhan kutipan sekitar enam peratus setahun berdasarkan perkembangan ekonomi dan industri, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Petronas Perluas Keupayaan LNG Terapung Dengan Kemudahan Pinggir Pantai Pertama Dunia

Daripada Siti Radziah Hamzah

GEOJE ISLAND (Korea Selatan), 24 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang memperluas keupayaan kemudahan gas asli cecair terapung (FLNG) miliknya melalui kemudahan ketiga dan terbaharu, PFLNG Tiga.

Keluasan Kawasan Tanaman Koko Negara Cecah 6,939 Hektar Setakat September 2026

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) - Keluasan keseluruhan kawasan tanaman koko negara meningkat kepada 6,939 hektar susulan pencapaian tanaman baharu melebihi 400 hektar setakat September 2026, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Koridor Pembangunan Sabah Akan Laksana Kajian Separuh Penggal Pada Awal 2027

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Koridor Pembangunan Sabah (SDC) akan menjalankan kajian separuh penggal pada awal 2027 bagi memperkukuh pelaksanaan SDC Blueprint 2.0, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.

Petronas Chemicals Kembali Untung Pada Suku Ketiga, Catat Untung Bersih RM179 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd kembali mencatatkan keuntungan pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 dengan keuntungan bersih sebanyak RM179 juta berbanding kerugian bersih RM289 juta pada suku sama tahun lepas.