Ekonomi

374 Syarikat PkS Dan Pertengahan Terima Manfaat NIDF Setakat Oktober 2026

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Sebanyak 374 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat peringkat pertengahan tempatan merentasi pelbagai sektor industri menerima manfaat daripada pelaksanaan projek di bawah Dana Pembangunan Industri Baharu (NIDF) setakat Oktober 2026.

2,296 Syarikat Tempatan Dibantu Jana RM29.89 Bilion Jualan Eksport Setakat Ogos 2026

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Sebanyak 2,296 syarikat tempatan telah dibantu dalam program promosi eksport kerajaan yang menjana jualan eksport bernilai RM29.89 bilion setakat Ogos 2026, iaitu jualan sebenar sebanyak RM2.04 bilion dan jualan potensi sebanyak RM27.85 bilion.

Teknologi MPOB Perlu Dimanfaatkan Lebih Ramai Pekebun Kecil – Noraini

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Lebih ramai pekebun kecil perlu mendapat manfaat daripada kemajuan teknologi industri sawit bagi meningkatkan produktiviti, pendapatan dan taraf kehidupan mereka, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Contohi Kejayaan Farm Fresh Perkukuh Keterjaminan Makanan Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kejayaan Farm Fresh Bhd, yang menerima sokongan modal awal daripada Khazanah Nasional Bhd dijadikan contoh dalam memacu perkembangan syarikat yang berpotensi bagi memastikan kemampanan industri makanan negara.

Kerajaan Pertimbang Peraturan Lebih Ketat Kawal Lambakan Produk e-Dagang Asing - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan mempertimbang memperkenalkan peraturan yang lebih ketat bagi mengawal kemasukan barangan murah melalui platform e-dagang antarabangsa, terutamanya dari China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perlombongan Pasir Dasar Laut Sumbang Lebih RM53.38 Juta Kepada Hasil Kerajaan Setakat Oktober

PELABUHAN KLANG, 25 Nov (Bernama) -- Aktiviti perlombongan pasir dasar laut di luar perairan negeri menyumbang lebih RM53.38 juta kepada hasil Kerajaan Persekutuan setakat Oktober tahun ini, susulan penambahbaikan sistem pemantauan digital bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan mengelakkan ketirisan hasil.

Awantec Perluas Rangkaian Perisian Sage Dengan Platform Pengurusan Kewangan Berkuasa AI

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Anak syarikat AwanBiru Technology Bhd (Awantec), Awantec Systems Sdn Bhd, memperluas portfolio penyelesaian Sage di Malaysia dengan menambah Sage Intacct, platform pengurusan kewangan berasaskan awan yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI), kepada penyelesaian Sage X3 yang sedia ditawarkannya.

OCBC Malaysia, Hana Bank Memeterai MoU Rangsang Perdagangan Malaysia-Korea Selatan

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd dan KEB Hana Bank, Korea Selatan telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan kerjasama perbankan rentas sempadan selain memudahkan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia serta Korea Selatan.

MAG Anggar Nilai Aset 16 Pesawat Boeing 787-10 Dreamliner Berjumlah US$9.3 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) menganggarkan nilai aset 16 pesawat Boeing 787-10 Dreamliner termasuk enjinnya, berjumlah US$9.3 bilion (US$1 = RM4.11).

Malaysia Raih Manfaat Besar Sebagai Negara Dagang Menerusi Hubungan Baik Dengan Pemimpin Dunia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Nov (BERNAMA) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia meraih manfaat yang amat besar sebagai sebuah negara perdagangan menerusi hubungan baik dan penglibatan dengan pemimpin dunia.

MAS, MAG Berpotensi Kembali Jadi Pemain Utama Dalam Industri Penerbangan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia Airlines dan Malaysia Aviation Group (MAG) mempunyai potensi untuk kembali menjadi pemain utama dalam industri penerbangan jika kedua-duanya terus menunjukkan daya tahan dan mengekalkan kedudukan yang kukuh dalam menghadapi ketidaktentuan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IOI PG REIT Sasar Hasil Aset Lebih Tinggi, Pengambilalihan Bagi Perkukuh Agihan Pemegang Unit

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- IOI Properties Group Real Estate Investment Trust (IOI PG REIT) menyasarkan untuk memperkukuh agihan kepada pemegang unit dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan menambah baik hasil daripada aset peruncitan, hotel dan pejabatnya serta meneruskan usaha pengambilalihan.