BERITA TERKINI   Rasuah masalah sistemik, perlu terus dibanteras dengan tegas - PM Anwar | PM Anwar tegaskan kadar yuran rawatan asas di fasiliti kesihatan awam perlu dikekalkan agar rakyat tidak terbeban | PM Anwar setuju cadangan masukkan elemen pendidikan kesihatan mental dalam kurikulum sekolah bantu pelajar urus tekanan | Kerajaan akan kaji cadangan penubuhan dana kekayaan AI untuk manfaat rakyat Malaysia - PM Anwar | PM Anwar jamin hak penduduk asal terus dipertahankan menerusi RUU Pembaharuan Semula Bandar (URA) | 

2,296 Syarikat Tempatan Dibantu Jana RM29.89 Bilion Jualan Eksport Setakat Ogos 2026

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Sebanyak 2,296 syarikat tempatan telah dibantu dalam program promosi eksport kerajaan yang menjana jualan eksport bernilai RM29.89 bilion setakat Ogos 2026, iaitu jualan sebenar sebanyak RM2.04 bilion dan jualan potensi sebanyak RM27.85 bilion.

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), sebanyak 310 penyertaan program promosi eksport bagi 2026 telah diluluskan oleh Jawatankuasa Koordinasi Eksport (JK-X) dengan peruntukan berjumlah RM116.85 juta.

“MITI melalui MATRADE selaku urus setia JK-X akan terus memperkukuh penyelarasan antara kementerian dan agensi melalui pendekatan menyeluruh kerajaan selaras dengan hala tuju Rancangan Malayia Ketiga Belas.

Ad Banner

“Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Rangka Tindakan Perdagangan Nasional dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis disiarkan dalam laman sesawang Parlimen hari ini.

MITI menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) yang ingin tahu mengenai status pelaksanaan agenda "Made by Malaysia" khususnya dalam membangunkan produk berteknologi tinggi yang mempunyai reka bentuk, teknologi dan harta intelek milik syarikat tempatan.

Selain itu beliau turut bertanya mengenai jumlah syarikat tempatan yang telah berjaya menghasilkan produk dengan harta intelek milik sendiri serta nilai eksport yang dijana.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, MITI memaklumkan berdasarkan rekod Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebanyak 48,548 rekod pendaftaran IP oleh syarikat tempatan telah direkodkan bagi tempoh tahun 2021 hingga September, 2026.

Jumlah itu merangkumi 45,801 pendaftaran cap dagangan, 1,444 pendaftaran paten dan 1,303 pendaftaran reka bentuk perindustrian.

“Secara khusus, pendaftaran paten oleh syarikat tempatan meningkat daripada 204 paten pada tahun 2021 kepada 318 paten pada tahun 2024, manakala pendaftaran reka bentuk perindustrian meningkat daripada 40 kepada 344 dalam tempoh yang sama.

Selain itu, bagi tempoh 2021 hingga 2025 sebanyak 667 pendaftaran cap dagangan syarikat tempatan di luar negara telah direkodkan, dengan destinasi utama termasuk Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Vietnam. bertujuan untuk melindungi jenama mereka di pasaran luar negara, menurut MITI.

-- BERNAMA