Ekonomi

JS-SEZ: Kerajaan Negeri Perkukuh Rantaian Bekalan, Bawa Limpahan Ekonomi Ke Johor Utara

ISKANDAR PUTERI, 24 Nov (Bernama) -- ​Kerajaan Negeri Johor sedang mempergiat usaha membawa limpahan ekonomi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) ke Johor Utara menerusi pengukuhan rantaian bekalan di daerah-daerah yang lain.

Hanya Dua Syarikat Malaysia Disenaraikan Dalam Senarai Entiti BIS - MITI

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata hanya dua daripada tujuh entiti yang ditambah ke dalam Senarai Entiti Biro Industri dan Keselamatan (BIS), Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) merupakan entiti Malaysia, iaitu Speedmatrix Sdn Bhd dan MSFusion Sdn Bhd.

Pelan Hala Tuju CCUS 2050 Garis 27 Inisiatif, Unjur Pelaburan Sehingga RM170 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelan Hala Tuju Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2050 menggariskan 27 inisiatif dengan unjuran pelaburan antara RM160 bilion dan RM170 bilion serta potensi pembangunan sehingga enam hab CCUS di Malaysia menjelang 2050, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Singapura Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Kepada 6.0 Peratus Didorong Permintaan Kukuh Terhadap AI

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 24 Nov (Bernama) -- Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2026 kepada kira-kira 6.0 peratus daripada anggaran awal sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus didorong oleh permintaan yang kukuh terhadap kecerdasan buatan (AI), menurut Kementerian Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan (METI).

Keuntungan Bersih Suku Ketiga TH Plantations Meningkat Kepada RM35.82 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih TH Plantations Bhd (THP) meningkat kepada RM35.82 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2026 ,daripada RM24.26 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pemegang Saham Public Financial Holdings Lulus Skim Penswastaan

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Pemegang saham Public Financial Holdings Ltd (PFHL) hari ini meluluskan skim penyusunan di bawah cadangan penswastaan syarikat itu oleh Public Bank Bhd.

MRO Aeroangkasa Jana Hasil RM13 Bilion Pada 2025, Kerajaan Tambah Baik Insentif - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) industri aeroangkasa negara menjana RM13 bilion pada 2025, bersamaan 40 peratus daripada keseluruhan hasil industri dan disokong oleh 12,000 tenaga kerja mahir.

KJTS Group peroleh Subkontrak Baharu Pusat Data Bernilai RM68 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh KJTS Group Bhd, KJ Technical Services Sdn Bhd (KJTS SB) menerima satu lagi subkontrak daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd (GESB) bagi projek pusat data berskala besar bernilai RM68 juta.

KLCCP Stapled Group Catat Untung Bersih RM203.87 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan bersih RM203.87 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 berbanding RM209.12 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

AirAsia Group Catat Kerugian Bersih Suku Ketiga RM175.11 Juta Akibat Kenaikan Harga Bahan Api Jet

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- AirAsia Group Bhd mencatatkan kerugian bersih RM175.11 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 terutamanya disebabkan harga bahan api jet yang lebih tinggi akibat ketegangan geopolitik yang meningkat susulan konflik di Asia Barat.