BERITA TERKINI   Petronas Chemicals kembali catat untung pada suku ketiga, dengan keuntungan bersih RM179 juta | Perak umum Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri - Menteri Besar | Perak bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.693 bilion, merangkumi RM1.1 bilion perbelanjaan mengurus dan RM593 juta pembangunan | PM Anwar nafi dakwaan kerajaan sebar minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan | PM Anwar tidak setuju dengan kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong, serah tindakan lanjut kepada pihak berkuasa | 

Hanya Dua Syarikat Malaysia Disenaraikan Dalam Senarai Entiti BIS - MITI

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata hanya dua daripada tujuh entiti yang ditambah ke dalam Senarai Entiti Biro Industri dan Keselamatan (BIS), Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) merupakan entiti Malaysia, iaitu Speedmatrix Sdn Bhd dan MSFusion Sdn Bhd.

Kementerian itu berkata Speedmatrix Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Megaspeed International Pte Ltd, yang diperbadankan di Singapura.

"Berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), PT Megaspeed International bukan entiti di Malaysia dan bukan pengendali pusat data atau penyewa pusat data yang beroperasi di Malaysia.

Ad Banner

"MIDA akan mengeluarkan notis kepada semua pengendali pusat data di Malaysia bagi memaklumkan mengenai penyenaraian itu serta menasihatkan mereka supaya tidak menjadi hos, menyewakan ruang atau menyediakan perkhidmatan kepada tujuh entiti yang disenaraikan itu," menurut MITI dalam satu kenyataan berhubung peraturan terbaharu yang dikeluarkan oleh biro berkenaan bertarikh 23 Nov, 2026.

MITI berkata Malaysia kekal komited untuk memastikan persekitaran perdagangan yang selamat, telus dan berteraskan peraturan serta tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai saluran untuk mengelak kawalan eksport.

Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang, katanya.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA