BERITA TERKINI   Harga petrol RON97 kekal pada kadar RM4.35 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun - MOF | Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun - MOF | ASEAN dan Rusia mampu menyumbang secara bermakna dengan memperkukuh kerjasama praktikal berasaskan saling menghormati, keterbukaan dan kepentingan bersama - PM Anwar | ASEAN dan Rusia mampu pupuk ekonomi global lebih berdaya tahan, inklusif dan makmur dengan membina hubungan lebih kukuh antara perniagaan, institusi dan masyarakat - PM Anwar | ASEAN terus percaya bahawa kemajuan ekonomi adalah paling baik digerakkan menerusi kerjasama dan bukannya konfrontasi, serta libat urus dan bukannya peminggiran - PM Anwar | 

British Airways Kembali Semula Ke KLIA Pada 2 April - MAHB

Daripada Karina Imran

PERTH, 26 Mac (Bernama) -- British Airways bersedia untuk menyambung semula operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan harian Boeing 787-9 antara London Heathrow dan Kuala Lumpur bermula 2 April, 2025, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengurus Besar Kanan, Strategi MAHB Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata British Airways teruja untuk berada di pasaran Malaysia, dengan memetik faktor jualan yang kukuh dan muatan yang tinggi menjelang pelancaran semula laluan berkenaan.

Ad Banner
Ad Banner

"Semalam, kami telah mengadakan perbincangan yang baik dengan pasukan British Airways di sini. Jadi, mereka juga sangat teruja untuk melihat pelancaran semula ini. Faktor muatan kelihatan bagus, dan jualan juga bagus.

"Dan kami sudah berbincang dengan mereka bahawa jika faktor muatan baik, mungkin dalam dua tahun akan datang, kita akan lihat sama ada mereka boleh meningkatkan kekerapan penerbangan mereka," katanya kepada media sempena acara Routes Asia 2025 di Perth, Australia.

Kembalinya syarikat penerbangan utama UK itu adalah sebahagian daripada strategi yang lebih luas oleh MAHB untuk menarik lebih ramai ahli Oneworld dari Eropah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada masa ini, KLIA menempatkan Malaysia Airlines, Japan Airlines, dan Cathay Pacific di bawah pakatan Oneworld.

Usaha kini sedang dijalankan untuk membawa masuk Finnair dan Iberia, bersama dengan syarikat penerbangan yang bukan ahli Oneworld dari Jerman, Switzerland, Perancis, dan Itali.

-- BERNAMA