BERITA TERKINI   Aichi-Nagoya 2026: Atlet karate C.Shahmalarani sumbang emas ketiga negara dalam acara kumite bawah 50kg wanita | Aichi-Nagoya 2026: Atlet e-sukan Taj Izrin Aiman Taj Madira raih emas kedua negara dalam perlumbaan Gran Turismo 7 | 

Niaga Hadapan Klci Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan kadar asas pasaran tunai yang lemah.

Pada 9.35 pagi, kontrak Jun 2026 menurun 9.5 mata kepada 1,681.50, Julai 2026 merosot 11 mata kepada 1,683.00, September 2026 berkurangan 9.0 mata kepada 1,665.50 dan Disember 2026 menyusut 8.5 mata kepada 1,665.00.

Jumlah dagangan sebanyak 8,114 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,318 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.57 pagi, indeks petunjuk pasaran menurun 4.05 mata kepada 1,678.08 daripada 1,682.13 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

 

Ad Banner