BERITA TERKINI   Majlis Halal Malaysia-Indonesia akan ditubuhkan, mesyuarat pertama pada Oktober 2026 - TPM Zahid | MIHAS menjana jualan US$1.2 bilion dalam tempoh dua hari - TPM Zahid | SMKA Jempol, Negeri Sembilan bakal jadi sekolah aliran agama TVET pertama negara - Fadhlina | Malaysia-Thailand manfaatkan kekuatan dalam sektor halal dan getah untuk meneroka pasaran ASEAN serta global bernilai tinggi - Akmal Nasrullah | 

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat menjelang rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta didorong kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dirangsang oleh prospek ekonomi yang positif di China dan harapan terhadap keredaan ketegangan perdagangan AS-China.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh prestasi bercampur-campur daripada pasaran niaga  hadapan getah serantau dan pasaran buruh AS yang kukuh,” katanya.

Ad Banner

Peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat untuk sesi ketujuh berturut-turut pada Jumaat dan berada di landasan untuk mencatatkan kenaikan mingguan susulan menjelang rundingan perdagangan itu.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 naik 6.5 sen kepada 756.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal menokok 4.5 sen kepada 604.50 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada Isnin, 12 Mei, 2025 sempena cuti umum Hari Wesak dan akan beroperasi semula pada Selasa 13 Mei.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA