BERITA TERKINI   Harga petrol RON97 kekal pada kadar RM4.35 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun - MOF | Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun - MOF | ASEAN dan Rusia mampu menyumbang secara bermakna dengan memperkukuh kerjasama praktikal berasaskan saling menghormati, keterbukaan dan kepentingan bersama - PM Anwar | ASEAN dan Rusia mampu pupuk ekonomi global lebih berdaya tahan, inklusif dan makmur dengan membina hubungan lebih kukuh antara perniagaan, institusi dan masyarakat - PM Anwar | ASEAN terus percaya bahawa kemajuan ekonomi adalah paling baik digerakkan menerusi kerjasama dan bukannya konfrontasi, serta libat urus dan bukannya peminggiran - PM Anwar | 

Perdagangan Malaysia-Taiwan Naik 36.8 Peratus Kepada RM92.77 Bilion

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Taiwan telah menyaksikan lonjakan dalam perdagangan dua hala iaitu sebanyak 36.8 peratus kepada RM92.77 bilion pada lima bulan pertama tahun ini, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Pengarah China, Timur Laut Asia, Asean dan Oseania Matrade, Mazlan Harun berkata eksport Malaysia ke Taiwan berjumlah RM32.30 bilion manakala import menokok kepada RM60.47 bilion dalam tempoh ini, menandakan kadar pertumbuhan, masing-masing sebanyak 30.6 peratus dan 40.3 peratus, meneruskan momentum positif pada 2024.

"Komposisi perdagangan tersebut menggariskan tahap tinggi perindustrian yang saling melengkapi, terutamanya dalam produk elektrik dan elektronik, peralatan optik dan saintifik serta barangan berasaskan petroleum, mencerminkan peranan strategik kedua-dua ekonomi dalam rantaian nilai serantau dan global," katanya semasa memberikan ucapan pembukaan di Ekspo Taiwan 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Walaupun angka perdagangan mencerminkan prestasi yang kukuh, ia adalah peluang perniagaan yang nyata yang benar-benar memacu perkongsian itu ke hadapan. 

"Kekuatan Taiwan dalam inovasi, pembangunan produk dan pembuatan menawarkan titik masuk yang praktikal kepada syarikat-syarikat Malaysia terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), untuk meneroka perkongsian serta membina hubungan rantaian bekalan. 

"Pada masa yang sama, keupayaan Malaysia dalam produk halal, makanan dan minuman termasuk pembuatan pintar dengan kelebihan kedudukannya yang strategiknya sebagai pintu masuk ke ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam, menyediakan perniagaan Taiwan dengan prospek yang menjanjikan untuk pengembangan," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata potensi bersama ini terus mengukuhkan asas untuk pertumbuhan dan kerjasama perniagaan jangka panjang, terutamanya melalui platform seperti Ekspo Taiwan.

"Dalam kami merancang haluan ke hadapan, Matrade tetap teguh dalam komitmennya bagi menyokong penglibatan perdagangan yang memberi kesan dan memupuk perkongsian jangka panjang yang berdaya maju.

"Dengan pejabat di Taipei, Matrade berada di kedudukan yang baik untuk memudahkan hubungan perniagaan yang lebih dekat. Kami percaya Ekspo Taiwan 2025 akan membuka pintu baharu ke arah pertumbuhan dan inovasi, pada masa yang sama, mendalamkan keyakinan serta muhibah yang telah lama mencirikan hubungan Malaysia -Taiwan," katanya lagi.

-- BERNAMA