BERITA TERKINI   Kerajaan akan laksanakan reformasi dan islah sedayanya termasuk perkukuhkan Akta TH dan tadbir urus - Dr Zulkifli | TH beli tanah di TRX daripada 1MDB, dengan persoalan timbul apabila CEO TH merupakan ahli lembaga pengarah 1MDB | TH labur dalam Putrajaya Perdana, pengerusi TH ketika itu sebagai pengerusi Putrajaya Perdana dan syarikat terkait dalam urus niaga 1MDB dengan kerugian RM145.3 juta | Al-Rawda diarah bayar SAR899 juta, namun hanya bayar sebahagian apabila didapati tidak mempunyai kemampuan kewangan, sebanyak SAR14.9 juta sebelum gagal mematuhi terma Perjanjian Penyelesaian | TH memajak 4 hotel di Mekah & Madinah dari 2015 hingga 2017, bayar kira-kira RM1.55 bilion secara 'upfront' kepada Al-Rawda, satu transaksi yang luar biasa dan tidak ‘normal’ - Dr Zulkifli Hasan | 

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Berlegar Dalam Julat 1,660-1,690 Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak dalam julat 1,660-1,690 pada minggu depan, kata seorang penganalisis.

Ini berikutan ketidaktentuan mungkin berterusan ketika pelabur memantau perkembangan dalam sektor teknologi global, peristiwa geopolitik dan aliran masuk serta keluar dana asing, katanya.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata kepada Bernama, gabungan keadaan pasaran yang terlebih jual dan penilaian yang lebih menarik dijangka menyokong aktiviti pembelian saham pada harga murah.

Ad Banner

Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, kontrak niaga hadapan FBM KLCI diniagakan kebanyakannya rendah, sejajar dengan prestasi pasaran tunai.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak Jun 2026 merosot 48.0 mata kepada 1,668.0, Julai 2026 susut 47.5 mata kepada 1,669.50, kontrak September 2026 jatuh 47.0 mata kepada 1,650.0 dan Disember 2026 turun 44 mata kepada 1,653.0.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 146,493 lot daripada 32,203 lot pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 93,884 kontrak daripada 37,764 kontrak pada minggu sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Secara mingguan, indeks petunjuk pasaran menyusut 44.29 mata kepada 1,667.74 daripada 1,712.03 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA