BERITA TERKINI   Kerajaan berhasrat tambah peruntukan untuk usahawan kecil dalam Belanjawan 2027 - PM Anwar | Piala ASEAN FIFA: Bangladesh 0-3 Malaysia | Pengarah filem terkenal Tan Sri L. Krishnan meninggal dunia pada usia 103 tahun di Chiang Mai pada Khamis: keluarga | SPRM akan serah notis pengisytiharan harta kepada Datuk Seri Saravanan, isteri dan tiga anaknya Isnin ini - KP SPRM | Tokoh perfileman negara Tan Sri L. Krishnan meninggal dunia semalam di Chiang Mai, Thailand pada usia 104 tahun - KPE FINAS | 

Anak Syarikat Favelle Favco Raih Kontrak Kren Luar Pesisir Bernilai RM88.8 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Sept  (Bernama) -- Favelle Favco Bhd (FFB), melalui anak syarikatnya, Favelle Favco Cranes (M) Sdn Bhd, meraih kontrak bernilai RM88.8 juta daripada Saipem Offshore Construction SPA, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd dan OceanMight Sdn Bhd untuk membekalkan kren luar pesisir.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pengeluar kren pembinaan itu memaklumkan kren luar pesisir untuk Saipem Offshore Construction dan Malaysia Marine and Heavy Engineering dijadual untuk diserahkan menjelang akhir 2027, manakala kontrak bagi OceanMight dijangka siap menjelang suku ketiga 2027.

“Kontrak berkenaan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih FFB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2026 dan untuk tahun yang seterusnya.

Ad Banner

“Kontrak itu juga tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham FFB,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner