BERITA TERKINI   Malaysia melepasi kapasiti tenaga boleh baharu 13.3GW pada 2025, dipacu oleh pertumbuhan pesat tenaga solar - TPM Fadillah | Malaysia menyasarkan 118 juta liter air terawat sehari menjelang 2030 untuk kegunaan industri, meningkat daripada pengeluaran semasa 48.5 juta liter sehari - TPM Fadillah | Penerangan mengenai krisis bekalan global akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin depan - Akmal Nasrullah | Malaysia kekal pendirian tidak iktiraf junta Myanmar, lawatan tidak rasmi saluran komunikasi tangani krisis - Mohamad Hasan | ASEAN teliti pendekatan baharu perkukuh pelaksanaan 5PC bagi krisis di Myanmar - Mohamad Hasan | 

Tengku Zafrul Bincang Kerjasama Ekonomi Dengan Pemimpin Singapura, Indonesia

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama)   -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin Singapura dan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk meningkatkan serta memperkukuh kerjasama ekonomi demi manfaat bersama ketiga-tiga negara berjiran itu.

“Saya berpeluang berbincang dengan rakan-rakan seperjuangan dari negara jiran iaitu Timbalan Perdana Menteri Singapura Gan Kim Yong dan Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Republik Indonesia, Bapak Airlangga Hartarto.

"Fokus utama kita adalah untuk meningkatkan dan memperkukuh kerjasama ekonomi ketiga-tiga negara demi manfaat bersama,” katanya yang kini berada di Indonesia, menerusi hantaran di platfrom X beliau.

Ad Banner

Tengku Zafrul adalah antara empat menteri yang mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi beliau ke Indonesia, hari ini.

Menteri lain termasuk Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pendidikan Tinggi Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil serta Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Mengulas selanjutnya, Tenku Zafrul berkata perbincangan yang diadakan di tengah-tengah cabaran geopolitik semasa, turut menyentuh peranan ASEAN dalam mengemudi landskap geoekonomi yang kian mencabar.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 2024, Indonesia merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Bagi tempoh sama, nilai perdagangan dua hala meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada RM116.29 bilion (US$25.5 bilion) berbanding RM111.21 bilion (US$24.39 bilion) pada 2023.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan lawatan Anwar yang juga Menteri Kewangan adalah kunjungan balas susulan lawatan Presiden Indonesia Prabowo Subianto ke Malaysia tahun ini bagi menghadiri pertemuan dua hala serta menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pada 26-27 Mei lepas.

“Lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada persediaan bagi Rundingan Tahunan Ke-13 antara Malaysia dan Indonesia yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini,” kata kenyataan itu.

— BERNAMA