BERITA TERKINI   Aichi-Nagoya 2026: S. Sivasangari lengkapkan sasaran enam emas negara menerusi skuasy perseorangan wanita | LTdL 2026: Pelumba XDS Astana Team Matteo Malucelli menang peringkat pertama dari Shah Alam ke Kampar | Aichi-Nagoya 2026: Ng Eain Yow raih emas kelima negara menerusi acara skuasy perseorangan lelaki | MCMC, Meta adakan mesyuarat esok berkaitan kes akaun WhatsApp disekat - Teo | MCMC sekat 101.66 juta panggilan 'spoof' dari Februari hingga Ogos lepas - Teo | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, dalam reaksi pasaran yang tidak sejajar dengan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Rabu.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.2350/2570 berbanding dolar AS daripada 4.2500/2540 pada Rabu.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata langkah itu dilihat sebagai reaksi awal, berkemungkinan disebabkan peniaga mengambil keuntungan.

“Keputusan OPR itu dilihat tepat pada masanya berikutan ketidaktentuan ekonomi yang meningkat susulan kejutan tarif oleh Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama.

Dari perspektif lebih luas, katanya penurunan kadar tersebut akan memberi impak positif kepada ringgit, dengan dolar AS-ringgit dijangka berada dalam julat RM4.23 hingga RM4.24 hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Katanya Indeks Dolar AS (DXY) kekal stabil pada 97.555 mata dengan tumpuan kepada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), yang menunjukkan ahli-ahlinya terbuka kepada penurunan kadar faedah seawal mesyuarat seterusnya pada 29–30 Julai 2025.

Mohd Afzanizam berkata pendekatan dasar semasa dianggap agak ketat, dengan petunjuk inflasi semakin mereda.

“Oleh itu, ringgit dijangka menyaksikan peningkatan semula selepas merosot 0.27 peratus semasa ditutup pada RM4.2520 semalam,” katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali yen Jepun.

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.7579/7878 daripada 5.7787/7842 dan meningkat berbanding euro kepada 4.9702/9960 daripada 4.9780/9827.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8987/9140 daripada 2.8983/9012.

Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3096/3271 daripada 3.3182/3219, naik berbanding baht Thailand kepada 12.9796/13.0535 daripada 12.9946/13.0128, menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 260.4/262.0 daripada 261.3/261.8 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.53 daripada 7.51/7.52.

-- BERNAMA