BERITA TERKINI   PAC akan panggil MINDEF perjelas status terkini isu Norway batal lesen eksport peluru berpandu Naval Strike Missile pada 23 Jun ini - Mas Ermieyati | Agong perkenan gelaran Tan Sri kepada Mohd Isa Samad ditarik balik berkuat kuasa 8 Jun 2026 - JPM | 
Ad Banner

Subsidiari Luster Glove Lapor Kemalangan Industri Di Fasiliti Selangor

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Subsidiari milik 56 peratus Luster Industries Bhd, Glovmaster Sdn Bhd melaporkan kemalangan industri dalam fasiliti pembuatannya di Selangor, hari ini.

Kumpulan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu ia melibatkan keruntuhan rak penyimpanan di fasiliti berkenaan.

"Tindakan segera diambil berikutan kejadian tersebut dan semua sokongan serta bantuan telah disediakan," katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Luster sentiasa mengamalkan pendekatan berhati-hati dalam mengendalikan segmen pembuatan sarung tangan, sumbangannya agak minimum kepada pendapatan keseluruhan kumpulan dan ini tidak memberi kesan kepada keuntungannya. 

Syarikat itu menyatakan bahawa implikasi kewangan mungkin merangkumi kos kerosakan dan penggantungan sementara operasi pembuatan.

"Tahap sepenuhnya kesan kemalangan sedang dinilai dan syarikat akan membuat pengumuman lanjut jika terdapat sebarang perkembangan material atau buruk terhadap operasi yang timbul daripada kejadian itu," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Lembaga pengarah dan pengurusan telah melahirkan kebimbangan mereka dan mengambil berat ke atas kesejahteraan semua pihak yang terjejas.

-- BERNAMA