BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Kumpulan CIMB Umum Peralihan Kepimpinan Di Singapura

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd telah mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Novan Amirudin akan memegang jawatan sebagai pemangku CEO Pasaran Pertumbuhan di CIMB Singapura berikutan peletakan jawatan Victor Lee Meng Teck.

“Lee telah meletak jawatan sebagai CEO Pasaran Pertumbuhan dan CEO CIMB Singapura untuk merebut peluang lain dan akan bercuti berkuat kuasa serta-merta,” kata kumpulan perbankan itu dalam satu kenyataan. 

Selain itu, ia turut mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Kewangan CIMB Singapura, Andrew Boey, akan mengambil peranan sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab iaitu bertanggungjawab dalam operasi harian bagi memastikan kestabilan berterusan bank tersebut.

Ad Banner

Novan berkata Lee telah memainkan peranan penting dalam mengubah dan menginstitusikan CIMB Singapura untuk meraih kejayaan berterusan dengan ‘didorong oleh budaya EPICC Kumpulan CIMB’.

“Apabila melihat ke masa hadapan, kami yakin dalam kekukuhan dan kekuatan dalaman kami, yang terdiri daripada pemimpin berpengalaman dan berkebolehan, sentiasa bersedia untuk meneruskan keutamaan strategik di bawah rancangan Forward30 kami.

“Kumpulan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Victor atas sumbangannya dan berharap beliau terus berjaya pada masa depan,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Kumpulan perbankan itu juga telah mengaktifkan pelan penggantiannya dan akan mengumumkan penggantinya dalam masa terdekat.

Menurut bank itu, Lee memulakan kerjayanya dengan Kumpulan CIMB pada Januari 2019, apabila beliau dilantik sebagai CEO Perbankan Komersial dan Transaksi Kumpulan, sebelum mengambil alih jawatan sebagai CEO CIMB Singapura pada Januari 2020. 

-- BERNAMA