BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Meningkat Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada Rabu, menjejaki prestasi asas pasaran tunai.

Kontrak-kontrak semasa Jun 2026 meraih 7.0 mata kepada 1,691.0, Julai 2026 naik 8.0 mata kepada 1,694.0, September 2026 meningkat 8.5 mata kepada 1,674.50 dan Disember 2026 menokok 5.5 mata kepada 1,673.50.

Jumlah dagangan meningkat kepada 14,824 lot daripada 11,480 lot semalam dan kepentingan terbuka bertambah kepada 45,677 kontrak daripada 43,343 kontrak.

Ad Banner

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 0.13 peratus atau 2.21 mata kepada 1,682.13 berbanding paras penutupan Selasa pada 1,679.92.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner