BERITA TERKINI   PM Anwar catat kadar sokongan 52 peratus, tertinggi berbanding pemimpin politik lain - tinjauan Merdeka Centre | 153 laporan polis diterima setakat 3 petang berhubung kenyataan Puad Zarkashi - Ketua Polis Johor | Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 setiap perjalanan bermula 1 Jan, 2027 - LTA  | 

Penyusutan Hutang, Reformasi Fiskal Berpotensi Sokong Penarafan Berdaulat Malaysia - Fitch

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Jangkaan terhadap trend penyusutan hutang kerajaan secara menyeluruh dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menghampiri paras median negara yang mempunyai penarafan kredit setaraf, berpotensi meningkatkan penarafan berdaulat Malaysia pada ‘BBB+.’

Menurut Fitch Ratings, selain itu, strategi penyatuan fiskal yang teguh serta prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih baik turut mengukuhkan lagi jangkaan ini.

Hutang kerajaan semakin berkurangan secara beransur-ansur tetapi masih melepasi paras median bagi negara berdaulat kategori ‘BBB’ yang diberi penarafan oleh Fitch, iaitu sebanyak 58 peratus pada 2025, katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Ad Banner

Pengarah Bersekutu dan Penganalisis Kedaulatan Fitch Ratings Kathleen Chen berkata belanjawan terkini mengukuhkan lagi komitmen terhadap konsolidasi fiskal secara berperingkat, dengan sasaran defisit sebanyak 3.5 peratus daripada KDNK pada 2026 -- lebih rendah daripada unjuran terdahulu agensi berkenaan iaitu 3.6 peratus.

“Belanjawan berkenaan mengulangi sasaran jangka sederhana untuk mengurangkan defisit kepada tiga peratus daripada KDNK walaupun tiada tempoh masa khusus dinyatakan.

“Dalam kerangka fiskal jangka sederhana, kerajaan menjangka purata defisit sebanyak 3.2 peratus daripada KDNK bagi 2026 hingga 2028, yang memberi gambaran defisit kira-kira tiga peratus menjelang 2028 sekiranya langkah konsolidasi diteruskan pada kadar semasa,” katanya dalam kenyataan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut Chen kerajaan terus melaksanakan rasionalisasi subsidi dengan anggaran penjimatan tahunan sebanyak RM15.5 bilion (kira-kira 0.8 peratus daripada KDNK 2025).

“Sebahagian besar daripada penjimatan ini akan disalurkan kepada kebajikan masyarakat. Jumlah perbelanjaan diunjurkan meningkat sebanyak 1.7 peratus.

“Sasaran subsidi petrol RON95 yang diumumkan baru-baru ini dijangka menghasilkan penjimatan yang lebih kecil daripada subsidi diesel yang disasarkan,” katanya.

-- BERNAMA