BERITA TERKINI   SPRM akan serah notis pengisytiharan harta kepada Datuk Seri Saravanan, isteri dan tiga anaknya Isnin ini - KP SPRM | Tokoh perfileman negara Tan Sri L. Krishnan meninggal dunia semalam di Chiang Mai, Thailand pada usia 104 tahun - KPE FINAS | Malaysia tamatkan penantian 36 tahun raih emas acara regu berpasukan lelaki sepak takraw Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 | SPR adakan mesyuarat khas pada 7 Okt ini, bincang tarikh penting PRN Melaka | Majlis Halal Malaysia-Indonesia akan ditubuhkan, mesyuarat pertama pada Oktober 2026 - TPM Zahid | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, diheret turun oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah dan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Beliau memberitahu Bernama, sentimen pasaran dilemahkan oleh jangkaan bahawa bekalan dari Asia Tenggara bertambah, ketidaktentuan global yang meningkat khususnya ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) - China dan potensi gangguan bekalan cip untuk pengeluar automotif.

Ad Banner

Penurunan seterusnya dapat dihadkan apabila Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meningkatkan unjuran bagi pertumbuhan di Asia.

“Niaga hadapan getah Jepun turun pada Jumaat dan dijangka mencatat penurunan mingguan, tertekan oleh jangkaan peningkatan bekalan dari Asia Tenggara dan pengukuhan yen.

“Harga minyak turun sedikit pada dagangan awal Jumaat dan menuju kepada kerugian mingguan berikutan ketidaktentuan terhadap bekalan tenaga global selepas Presiden AS Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin bersetuju bertemu di Hungary bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine,” kata peniaga itu.

Ad Banner
Ad Banner

Pada 5.39 petang, harga minyak mentah Brent susut 1.03 peratus kepada US$60.47 setong.

Lembaga Getah Malaysia pada 3 petang melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 11 sen kepada 736.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun satu sen kepada 569 sen sekilogram.

-- BERNAMA