BERITA TERKINI   Portal rasmi Budi MADANI terima lebih 18,000 permohonan tambahan kuota 100 liter sebulan untuk pemilik kenderaan diesel setakat 10 malam ini. - Menteri Kewangan II | Lebih 40,000 transaksi direkodkan setakat hari kedua pelaksanaan awal BUDI Diesel. - Menteri Kewangan II | 

Syarikat TBB Berpangkalan Di Korea Selatan Minat Buka Loji UCO Di Malaysia -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Syarikat tenaga boleh baharu (TBB) berpangkalan di Korea Selatan, JC Chemical Co Ltd menyatakan minat untuk membuka kilang pemprosesan Minyak Masak Terpakai (UCO) Bertapis di Malaysia untuk digunakan sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata projek itu juga sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030). 

“Projek ini juga akan meletakkan Malaysia sebagai hab serantau untuk pengeluaran bahan mentah SAF, sekali gus mengukuhkan rantaian nilai biobahan api negara,” kata beliau menerusi hantaran di laman sosial X hari ini.

Ad Banner

Laporan sebelum ini menyatakan Malaysia dijangka mula mengeluarkan SAF dalam negara sebelum akhir 2025 menerusi permulaan operasi komersial Ecoceres Renewable Fuels Sdn Bhd di Tanjung Langsat, Johor.

Kerajaan juga telah memudah cara urusan pelesenan di bawah Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 bagi pembangunan loji pengeluaran SAF serta menyokong infrastruktur berkaitan seperti penyimpanan, pengadunan, pengangkutan dan pengagihan.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner