BERITA TERKINI   Pengguna domestik guna elektrik sehingga 800 kWj sebulan diberi pengecualian Pelarasan AFA, Caj Peruncitan serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan - PM Anwar | Kerajaan setuju perluas perlindungan bil elektrik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan bagi September hingga 31 Dis 2026 - PM Anwar | PM Anwar sifatkan hasil mesyuarat khas isu kenaikan bil elektrik sebagai “good news” | Kebakaran hutan Indonesia: Malaysia tawar bantuan pesawat Bombardier APMM, tiga helikopter dan 52 petugas - TPM Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Ringgit

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan pengukuhan ringgit, menurut peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata kebimbangan mengenai peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang turut menjejaskan sentimen pasaran.

Ad Banner

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,100 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,300," kata Ng kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM tidak berjaya mengekalkan kenaikan pada hari sebelumnya susulan tekanan jualan berterusan walaupun harga terus kekal di atas paras sokongan utama RM4,100.

"Jangkaan pertumbuhan pengeluaran yang kukuh berbanding permintaan eksport yang suram menambah sentimen menurun dengan peniaga mengunjurkan stok hujung bulan boleh melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh enam tahun," katanya.

Ad Banner

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2025 turun RM34 kepada RM4,080 setiap tan manakala Disember 2025 menyusut RM35 kepada RM4,082 setiap tan dan Januari 2026 berkurang RM40 kepada RM4,109 setiap tan.

Sementara itu, Februari 2026 hilang RM43 kepada RM4,137 setiap tan, Mac 2026 mengecil RM40 kepada RM4,157 setiap tan dan April 2026 susut RM36 kepada RM4,168 setiap tan.

Jumlah dagangan turun kepada 81,478 lot daripada 85,351 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 264,821 kontrak daripada 262,069 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM untuk November Selatan berkurang RM30 kepada RM4,120 setiap tan.

-- BERNAMA