BERITA TERKINI   PM Anwar ucap takziah di atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah | Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah di atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah | Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara pagi ini - Mokhzani Mahathir | Evocom Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE dengan dibuka pada 15 sen, berkurangan tiga sen berbanding harga IPO pada 18 sen, dengan 3.49 juta saham diniagakan | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China yang positif, kata peniaga.

Pengeluaran perkilangan AS meningkat tanpa dijangka pada Disember, naik sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan dan 2.0 peratus tahun ke tahun.

Ad Banner

Sementara itu, ekonomi China berkembang sebanyak 5.0 peratus pada tahun lepas walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lembap pada suku keempat sebanyak 4.5 peratus tetapi masih memenuhi sasaran rasmi kira-kira lima peratus.

Beliau berkata harga turut dipengaruhi oleh kebimbangan berterusan mengenai kekurangan bahan mentah disebabkan cuaca lembap di negara-negara pengeluar utama getah.

“Kenaikan dikekang oleh aktiviti pengambilan untung dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dan kejatuhan harga minyak mentah dalam ancaman tarif baharu AS ke atas negara-negara Eropah dan ketegangan geopolitik yang lebih meluas,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner

Pada masa ini, ringgit mengukuh kepada 4.0540/0575 berbanding dolar AS daripada 4.0555/0605 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Sementara itu, minyak mentah Brent merosot 1.17 peratus kepada US$63.51 setong.

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 dan susu getah pukal kekal tidak berubah pada 748 sen sekilogram dan 576 sen sekilogram.

-- BERNAMA